Sunday, November 5, 2017

Contoh Slip Surah dan Amalan Untuk Pesakit

SURAH DAN AMALAN

*     Niat/Doa semasa hendak membaca surah ini dengan hajat masing-masing dan memohon kepada ALLAH.

Nama Surah  (No Surah)
Nombor Ayat
Catatan

1.


2.
3.







*     Amalan Membuat Air Penawar. Sediakan sebotol air mineral, niat/doa semasa hendak membaca surah - surah yang diberikan. Selepas selesai membaca surah-surah , baca Al Fatihah 3 kali pada air, Selawat 3 kali, doa semua hajat-hajat dan minum secawan daripada  air tersebut. Air boleh ditambah apabila tinggal separuh. (Kalau dapat guna Air Zam-Zam lebih baik).

*     Nota. Surah – surah ini perlu dibaca 3 kali sehari pada waktu2 mustajab doa iaitu pada waktu tahajud atau selepas solat fardhu. Kesembuhan itu adalah atas  kehendak ALLAH dan kita wajib berusaha dan berdoa. Usaha dan doa itu diberikan ganjaran pahala oleh ALLAH. Pesakit hendaklah menjaga amalan-amalan yang wajib dan sentiasa mempertingkatkan amalan sunnah/sunat dalam usaha mencari keredhaan ALLAH.

*      Amalan untuk mengusir gangguan daripada kediaman: Niat/Doa Kepada Allah untuk mengusir gangguan daripada kediaman / pejabat dengan membaca Surah AL Baqarah ayat 102-123 sebanyak tiga kali selepas solat maghrib kepada air. Kemudian air di spray sekeliling rumah (luar dan dalam) sambil membaca ayat kursi. Amalkan selama 7 hari berturut-turut dan teruskan jika sekiranya gangguan masih ada.


No comments:

Post a Comment