Friday, December 18, 2020

Tatacara Mendapatkan Rawatan

 

1. Wassap nama penuh dan masalah yang dihadapi kepada 019 939 1959


2. Pesakit akan diberikan surah-surah untuk amalan


3. Bagi pesakit kanser yang kronik belum membuat temujanji untuk mendapatkan rawatan melalui wassap

Wednesday, January 3, 2018

kunyit rencat kanser darah

Kurkumin kunyit rencat kanser darah


LONDON 3 Jan. - Seorang pesara mengejutkan doktor apabila berjaya merencat atau menghentikan kanser darah atau mieloma yang tidak dapat diubati, hanya dengan mengamalkan makan sebatian kunyit, kurkumin.
Lapor Mirror Online, Dieneke Ferguson, 67, menjalani kehidupan normal lebih daripada satu dekad selepas disahkan menghidap pe­nyakit yang membawa maut itu.
Wanita tersebut mula mengamalkan makan sebatian kunyit tersebut selepas rawatan kemoterapi dan sel stem gagal.
Ferguson mula makan lapan gram kurkumin, pigmen yang mewujudkan warna kuning pada kunyit, setiap hari dalam bentuk pil.
Pesakit mieloma mempunyai purata hayat lebih lima tahun sahaja, menjadikan ia sebagai salah satu penyakit membawa maut.
“Di sini kami menerangkan mengenai pesakit mieloma yang memulakan suplemen diet harian dengan mengamalkan pengambilan kurkumin ketika penyakitnya memasuki peringkat ketiga.
“Dengan ketiadaan rawatan antimieloma, pesakit itu mencari alternatif dan berjaya kekal stabil dalam tempoh lima tahun de­ngan mengamalkan kualiti hidup yang baik,” kata pakar hematologi di Barts NHS Health Trust, Dr. Abbas Zaidi.
Kes seumpama ini membuktikan kurkumin kunyit mampu melindungi manusia da­ripada penyakit paru-paru, mieloma, kanser pankreas, kolon, payu­dara, Alzheimer, pe­nyakit jantung dan kemurungan.
Kurkumin juga telah dibuktikan dapat membantu mencepatkan pemulihan selepas menjalani pembedahan dan berkesan merawat artritis.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kurkumin-kunyit-rencat-kanser-darah-1.584127#ixzz53An4pYuS
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sunday, November 5, 2017

Contoh Slip Surah dan Amalan Untuk Pesakit

SURAH DAN AMALAN

*     Niat/Doa semasa hendak membaca surah ini dengan hajat masing-masing dan memohon kepada ALLAH.

Nama Surah  (No Surah)
Nombor Ayat
Catatan

1.


2.
3.







*     Amalan Membuat Air Penawar. Sediakan sebotol air mineral, niat/doa semasa hendak membaca surah - surah yang diberikan. Selepas selesai membaca surah-surah , baca Al Fatihah 3 kali pada air, Selawat 3 kali, doa semua hajat-hajat dan minum secawan daripada  air tersebut. Air boleh ditambah apabila tinggal separuh. (Kalau dapat guna Air Zam-Zam lebih baik).

*     Nota. Surah – surah ini perlu dibaca 3 kali sehari pada waktu2 mustajab doa iaitu pada waktu tahajud atau selepas solat fardhu. Kesembuhan itu adalah atas  kehendak ALLAH dan kita wajib berusaha dan berdoa. Usaha dan doa itu diberikan ganjaran pahala oleh ALLAH. Pesakit hendaklah menjaga amalan-amalan yang wajib dan sentiasa mempertingkatkan amalan sunnah/sunat dalam usaha mencari keredhaan ALLAH.

*      Amalan untuk mengusir gangguan daripada kediaman: Niat/Doa Kepada Allah untuk mengusir gangguan daripada kediaman / pejabat dengan membaca Surah AL Baqarah ayat 102-123 sebanyak tiga kali selepas solat maghrib kepada air. Kemudian air di spray sekeliling rumah (luar dan dalam) sambil membaca ayat kursi. Amalkan selama 7 hari berturut-turut dan teruskan jika sekiranya gangguan masih ada.


Monday, October 31, 2016

Rawatan Islam di Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan

** Pesakit yg ada kesulitan/jauh untuk datang jumpa boleh wassap untuk bantuan rawatan dengan mengamalkan membaca/mendengar ayat - ayat quran yang diberi dan berdoa kepada Allah untuk kesembuhan. Sila wassap 019 9391959

Alamat : Lot 994 Sebelah Masjid Sultan Ismail Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Hubungi Hj Nashron 019 9391959 untuk temujanji rawatan.

(** Pesakit yg ada kesulitan/jauh untuk datang jumpa boleh wassap untuk bantuan rawatan dengan mengamalkan membaca/mendengar ayat - ayat quran yang diberi dan berdoa kepada Allah untuk kesembuhan.)


Cara Rawatan.

1. Sesi perbincangan dan mengenalpasti  punca masalah/sakit

2. Sesi penerangan cara untuk ikhtiar/berdoa dengan kaedah membaca ayat-ayat quran yang diberikan.

3. Pesakit mengamalkan/mendengar surah dan ayat yang diberi  setiap hari dan berdoa kepada ALLAH.

** Sila bawa air mineral 1.5L untuk rawatan, kalau ada air zam-zam lagi baik.



Slip Surah dan Amalan






Testimoni Rawatan - Pengalaman Perawat.

Sila klik link/pautan dibawah.



Masalah / Penyakit mungkin berpunca atau gabungan daripada faktor-faktor berikut :

a. Masalah Gangguan
b. Masalah Kesihatan
c. Masalah Psikologi

a. Masalah Gangguan
Masalah gangguan seperti gangguan saka, sihir , lain-lain melibatkan makhluk jin/syaitan.

b. Masalah Kesihatan
Masalah pada fizikal manusia

c. Masalah Psikologi
Masalah yang meilbatkan pemikiran dan perasaan manusia.